Sabtu, 18 Oktober 2014

Iman dan Mahabatullah

Judul : Seri Materi Tarbiah Iman dan Mahabbatullah
Penulis : Cahyadi Takariawan, Wahid Ahmadi, Abdullah Sunono
Penerbit : Era Intermedia 2003

Seringkali mungkin bagi naqib-naqib baru yang mula membawa halaqah atau usrah kebingungan mencari bahan apa yang sesuai digunakan di peringkat permulaan. Diantara objekti-objektif awal halaqah adalah membangunkan iman dikalangan ahli, jadi saya ingin mencadangkan buku kecil ini.

Dipersembahkan dalam bentuk-bentuk poin yang mudah difahami serta ulasan yang ringkas dan tidak terlalu panjang, sangat sesuai sebagai bahan tarbiyah bagi peringkat permulaan, yang ingin mengisi halaqah dengan bahan yang membangun iman dan tidak terlalu panjang lebar.

Selain membahaskan berkenaan dengan iman, tuntutannya, tanda hati yang beriman, janji Allah kepada orang yang beriman, dan perkara yang membatalkan iman. Buku kecil ini turut membahaskan tema-tema percintaan, tanda-tanda cinta, motivasi cinta, tingkatan-tingkatan cinta serta cinta yang utama iaitu cinta kepada Allah (Mahabatullah).

Semoga kita dapat memperbanyakkan pembacaan berkenaan dengan iman. Kerana iman bukanlah jaminan, ia perlukan penjagaan, peningkatan, dan peringatan. Agar kita mampu istiqamah bersama iman hingga kita menghembuskan oksigen yang terakhir.

Saya kongsikan satu quotes dari buku ini:

Allah tidak hanya bersama linangan air mata di kesunyian malam, tetapi juga turut bersama dalam peluh keletihan di medan juang.

Salam perjuangan.

Tiada ulasan: